It’s been a while since I last write though I’ve been paying for this domain 🤣🫢
Firstly, Salam Ramadan to all.
Tonight marks the third night of Ramadan—MashaAllah, how fast time flies. The month we’ve been praying for over the past few months in Rajab and Sha’ban is finally here. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
This year, as Ramadan begins, I’ve seen even more food-related content leading up to it on our social media.
Year after year, we see content creators sharing all kinds of recipes, and in Singapore, Ramadan bazaars just keep getting bigger.
I don’t mind, really—but it got me thinking… is Ramadan becoming all about food? What happened to “feeling how the less fortunate feel”? We fast all day… just to feast all night? And what happened to our ibadah?
Ramadan is supposed to be a time to control our nafs—whether it’s desire, hunger, or anything else. And while there’s nothing wrong with enjoying the bazaar, let’s not fall into wastage, especially when visiting one.
Nah, personally, I have nothing against going—I go myself and I’m a fan of Ramadan bazaars in JB (esp Perling!) HAHA. And when I do, I buy extra—not to feast all night, but to keep as stock for the next few days of Ramadan. Senanglah, tak payah masak and wouldn’t wanna trouble my wife as well.
That said, I feel that it’s okay to indulge once in a while—as long as it doesn’t distract us from our main goal in Ramadan, which is attaining taqwa. Because at the end of the day, the purpose of fasting is “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ”—“so that you may attain piety” (Surah Al-Baqarah, 2:183).
Maybe a good meal gives us energy for ibadah, or maybe it just makes us sleepy. I guess it depends on how we approach it. Allah knows best.
As we move through Ramadan, let’s take a moment to reflect—what do we truly want out of this month? Do we want to be better? And how?
For me, I’m challenging myself not to overeat, hoping it helps me focus better in ibadah. What about you guys?
May Allah give us the strength this Ramadan, amin.
Sebak di masjid saat terdengar imam melaungkan doa “Ya Allah berkatilah kami di bulan Syaban dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan” sambil terkenangkan Ramadan tahunlalu, Ramadan yang cukup mencabar, Ramadan yang tertutup pintu-pintu masjid tetapi membuka ruang dan peluang yang baru.
Doa yang dibacakan imam masjid seusai solat fardhu berjemaah itu secara tidak langsung mengingatkan sayabahawa kita sedang menghitung hari menyambut bulan suci Ramadan. Bagaimana, sudahkah anda bersedia? Dalam rencana saya kali ini, saya akan kongsikan beberapa persiapan menjelang Ramadan.
Sucikan niat kita
Setiap perbuatan kita dinilai mengikut niat kita sebagaimana maksud hadis. Dalam menyiapkan diri bertemu Ramadan, marilah bersihkan hati kita untuk menyambutnya. Tanamkan niat dan tekad agar Ramadan yang akan datang ini adalah Ramadan yang terbaik.
Ramadan pasti akan tiba tetapi belum pasti lagi untuk kita. Namun, sekiranya kita sudah mula tanamkan niat hari ini untuk memperbanyakkan amalan pada Ramadan akan datang tetapi ajal mendahului Ramadan, ketahuilah, kita tetap diberikan ganjaran atas niat baik kita sebagaimana disebutkan dalam petikan hadith riwayat Bukhari, maksud sabda Nabi Muhammad SAW “barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi…”Subhanallah! Lantaran itu, ayuh, kita mulakan niat bersama agar Ramadan akan datang penuh makna hendaknya.
Mulakan sekarang
Ibarat bersenam atau ‘workout’ di gim, kita perlu panaskan badan, membuat renggangan dan sebagainya.
Antara kita ada juga terhenti atau kurang motivasinya setelah Ramadan berlalu pergi. Kembali pada analogi bersenam di gim tadi, sebagai pendatang yang sudah lama tidak membuat latihan, pastinya kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri kembali. Takkanlah dah hampir setahun tak ke gim dan membuat senaman tiba-tiba terus angkat berat kan?
Mulakanlah dengan langkah-langkah kecil seperti meluangkan masa lebih sedikit sekitar lima atau sepuluh minit mungkin setelah solat fardhu untuk membaca beberapa lembaran Quran ataupun dirikan solat Sunat. Jika kita terasa berat mendirikan Qiyam sendirian, cubalah ke masjid-masjid tempatan yang sudah mula menawarkan Qiyam ketika ini. Mudah-mudahan setibanya bulan suci itu nanti, kita sudah terbiasa.
Kenali Ramadan
Ungkapan “tak kenal maka tak cinta” saya rasa sesuai sangat dengan bulan Ramadan. Bulan keampunan yang padanya pelbagai ganjaran yang ditawarkan pada mereka yang sudi.
Apabila kita lebih mengenali Ramadan, kita akan dapat lebih menghargainya dan terdorong untuk melakukan pelbagai amalan kerana kita ingin kejarkan lipatan ganjarannya yang tiada tandingan khususnya pada sepuluh malam terakhir.
Kenalilah Ramadan dengan membaca berkenaan kelebihan bulan tersebut. Saya yakin, masjid-masjid kita serta pusat-pusat pendidikan Islam di Singapura juga sudah memulakan kuliah berkenaan Ramadan sama ada secara fizikal ataupundalam talian seperti kelas ADIL contohnya di masjid-masjid kita. Ambillah peluang ini untuk kita belajar kembali.
Gilap amalan sedia ada
Dalam semangat ingin mengejar dan menambah amalan baru pada Ramadan nanti, seyogianya kita renung kembali amalan-amalan harian kita. Marilah kita ambil kesempatan ini untuk kita menggilapnya. Sebagai contoh, perhatikanlah bacaan-bacaan dalam solat kita seperti surah Al-Fatihah khususnya, doa iftitah kita, tahiyat awal dan akhir kita dan sebagainya.
Adakalanya kerana terlalu terbiasa, kita mungkin terlupa perkataan tertentu, sebutan tertentu ataupun tertib yang tertentu dalam sesebuah amalan. Rujuklah kembali pada buku ataupun guru sekiranya kita kurang pasti.
Susun amalan dan doa
Bulan yang mudahnya dimakbulkan doa, itulah Ramadan yang dinanti-nanti sebagaimana maksud sabda Nabi Muhammad SAW “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
Menjelang bulan penuh berkat itu nanti, kita tentu tidak mahu mempersia setiap saat dalam bulan Ramadan. Lantaran itu, saya cadangkan agar luangkan masa sebentar untuk merancang amalan dan doa-doa kita. Dalam membuat persiapan berdoa pula, adakanlah senarai doa buat keluarga, buat rakan taulan, masyarakat Singapura khususnya serta penduduk dunia. Doa-doa tersebut tidak perlu dalam bahasa Arab kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Memahami. Namun, yang sebaiknya adalah doa-doa yang diajarkan Baginda SAW.
Senaraikanlah juga amalan-amalan yang jarang kita lakukan pada bulan yang lainnya seperti mungkin mengkhatam Quran, derma di masjid, madrasah, rumah-rumah tumpangan dan sebagainya. Bayangkan saudara, sedolar yang kita hulurkan secara ikhlas sehari, berlipat ganda di akhirat nanti.
Yang terpenting saya kira letakkanlah di dalam kalendar kita tarikh sepuluh malam terakhir tersebut agar kita lengkap bersedia untuk memaksimakan amalan dan menggapai segala saat pusingan ‘bonus’ tersebut.
Laksanakan tanggungjawab sosial kita
Saya yakin, ramai di antara kita yang rindu suasana Ramadan di masjid-masjid kita. Marilah kita terus panjatkan doa dan laksanakan tanggungjawab sosial kita dalam menjaga diri dan keluarga agar bilangan kes kekal rendah. Bagi yang sudah diundang untuk mengambil vaksin, segerakanlah. Mudah-mudahan dengan mengambil segala langkah berjaga-jaga ini, dapatlah kita jejakkan kaki ke masjid, berterawih berjemaah, mendirikan qiyam biarpun dalam norma baharu andai diizinkanNya.
Hari ini, kita solat berjarak. Sungguhpun begitu kita harap segala usaha kita menjaga kemaslahatan masyarakat mendekatkan lagi jarak kita Yang Maha Pencipta. Biar solat berjarak, asal tak menjarakkan diri dari Ilahi.
Kita mohon mudah-mudahan kita dipanjangkan umur dan ditemukan dengan bulan suci Ramadan sedang kita taat beribadah dan mengabdi diri padaNya.
Selamat menyiapkan diri untuk menyambut bulan penuh keberkatan, bulan kemuliaan, bulan keampunan, bulan suci Ramadan.
BERGEMA di corong pembesar suara masjid usai solat fardu dengan alunan zikir dan doa mudah-mudahan diberkati dalam Syaaban dan ditemukan dengan Ramadan.
Doa sedemikian sekali gus menandakan Ramadan akan kembali.
Apabila disebut Ramadan, satu suasana di Singapura yang tidak dapat saya lupakan adalah melihat keindahannya.
Bukanlah keindahan lampu perayaan di Geylang Serai malah semangat mahu ber- ibadah dan mengabdi diri kepada yang jauh lebih indah.
Rindu bukan?
Rindu suasana masjid dengan laungan zikir dan bacaan ayat-ayat suci.
Dalam sedar tidak sedar, dalam kesibu- kan kita bersekolah atau bekerja dan dalam kelalaian kehidupan duniawi, kita akan seka- li lagi bertamukan Ramadan.
Bagaimana pembaca sekalian?
Sudahkah anda bersedia? Benarkah sudah bersedia?
Apa agaknya persediaan anda?
Menempah baju Raya, langsir Raya atau kuih Raya?
Itukah persediaannya?
Tidak salah membuat persediaan awal. Mungkin saja persiapan Raya dibuat lebih
awal supaya dapat memberikan tumpuan yang lebih dalam melakukan amalan dalam Ramadan.
Jika benarlah begitu, syabas saya ucap- kan.
Sekiranya tidak, saya akan kongsikan tiga langkah mudah-mudahan dapat sama-sa- ma kita lakukan dalam menyiapkan rohani kita menjelang Ramadan.
KENALI RAMADAN
Sering kita dengar, tak kenal maka tak cinta. Betul?
Apabila kita lebih mengenali, kita akan lebih menghargai. Betul juga ’kan?
Begitulah pembaca yang saya muliakan.
Saya yakin, semakin kita kenali Ramadan dengan lebih baik, pastinya kita akan dapat lebih menghargai kehadiran Ramadan.
Di Singapura pastinya banyak saja kelas pengenalan Ramadan yang diadakan.
Kelas Adil (Adult Islamic Learning atau Pendidikan Islam Dewasa) oleh Majlis Uga- ma Islam Singapura (Muis) umpamanya, turut mengadakan kelas Fiqah Ramadan yang ditawarkan secara percuma di bebera- pa masjid.
Ambillah peluang agar kita lebih me- ngenali Ramadan menerusi kelas yang terse- dia supaya dapat kita menyambutnya de- ngan berasa yakin terhadap amalan yang di- lakukan serta penuh kesyukuran.
‘WARM UP’ DIRI DENGAN AMALAN
Sebelum tibanya Ramadan, elok rasanya
jika kita dapat buat persediaan lebih awal supaya apabila tibanya bulan suci tersebut, kita sudah pun terbiasa dengan membuat amalan. Tidaklah nanti rasa ‘tercungapcu- ngap’ atau kurang ‘stamina’ dalam beramal.
Contohnya, dalam mengkhatamkan Al-Quran, antara kita pasti ada yang kerap kali cuba mengkhatamkannya dalam Rama- dan.
Dan kerap kali juga gagal kerana kesibu- kan bekerja atau kesuntukan waktu.
Jika begitu, mengapa tidak sebelum keti- baan bulan suci itu nanti, cubalah letakkan sasaran muka surat untuk dibaca.
Permulaannya mungkin sukar. Yalah, mungkin sudah jarang dibaca kitab suci terse- but setelah tamat Ramadan lalu.
Anda sendiri kenal diri anda dan tahu be- nar kesibukan tugas yang menanti.
Jadi, mulakanlah hari ini. Mudah-mudah- an tercapailah keinginan mahu mengkhatam- kannya Ramadan nanti.
Begitulah juga dengan amalan lainnya seperti qiam, solat sunat dan yang lainnya.
Mulalah dengan langkah kecil dahulu dan berdoalah selalu mudah-mudahan kita diberi- kan istiqamah dan keikhlasan dalam melaku- kan ketaatan pada Tuhan.
‘UPGRADE’ RAMADAN KITA
Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna
Begitulah bait-bait lagu nyanyian Raihan dan Man Bai yang saban tahun kita dengar.
Bagaimana agaknya hendak kita jadikan Ramadan yang akan datang nanti lebih ber- makna?
Mengapa tidak ambil peluang Ramadan nanti bagi sama-sama kita pertingkatkan di- ri.
Jika Ramadan lalu kita hanya bangun un- tuk sahur, mengapa tidak Ramadan nanti sebelum sahur kita lakukan sebentar solat sunat malam.
Jika Ramadan yang lalu kita hanya melakukan solat sunat tarawih pada malam hari, mengapa tidak tahun ini kita tambah- kan pula dengan solat sunat duha pada siang hari.
Marilah sama-sama kita pertingkat ama- lan kita dari masa ke masa.
Semoga kita diberkati dalam Syaaban serta dipertemukan dengan Ramadan dalam keadaan sihat rohani dan jasmani untuk mengabdi diri kepada Ilahi, amin.
—
Abdul Rauuf ialah lulusan Universiti Al-Azhar, dan kini bertugas sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Belia dan Masyarakat Muis.