‘Upgrade’ Ramadan kita

BERGEMA di corong pembesar suara masjid usai solat fardu dengan alunan zikir dan doa mudah-mudahan diberkati dalam Syaaban dan ditemukan dengan Ramadan.

Doa sedemikian sekali gus menandakan Ramadan akan kembali.

Apabila disebut Ramadan, satu suasana di Singapura yang tidak dapat saya lupakan adalah melihat keindahannya.

Bukanlah keindahan lampu perayaan di Geylang Serai malah semangat mahu ber- ibadah dan mengabdi diri kepada yang jauh lebih indah.

Rindu bukan?

Rindu suasana masjid dengan laungan zikir dan bacaan ayat-ayat suci.

Dalam sedar tidak sedar, dalam kesibu- kan kita bersekolah atau bekerja dan dalam kelalaian kehidupan duniawi, kita akan seka- li lagi bertamukan Ramadan.

Bagaimana pembaca sekalian?

Sudahkah anda bersedia? Benarkah sudah bersedia?

Apa agaknya persediaan anda?

Menempah baju Raya, langsir Raya atau kuih Raya?

Itukah persediaannya?
Tidak salah membuat persediaan awal. Mungkin saja persiapan Raya dibuat lebih

awal supaya dapat memberikan tumpuan yang lebih dalam melakukan amalan dalam Ramadan.

Jika benarlah begitu, syabas saya ucap- kan.

Sekiranya tidak, saya akan kongsikan tiga langkah mudah-mudahan dapat sama-sa- ma kita lakukan dalam menyiapkan rohani kita menjelang Ramadan.

KENALI RAMADAN

Sering kita dengar, tak kenal maka tak cinta. Betul?

Apabila kita lebih mengenali, kita akan lebih menghargai. Betul juga ’kan?

Begitulah pembaca yang saya muliakan.

Saya yakin, semakin kita kenali Ramadan dengan lebih baik, pastinya kita akan dapat lebih menghargai kehadiran Ramadan.

Di Singapura pastinya banyak saja kelas pengenalan Ramadan yang diadakan.

Kelas Adil (Adult Islamic Learning atau Pendidikan Islam Dewasa) oleh Majlis Uga- ma Islam Singapura (Muis) umpamanya, turut mengadakan kelas Fiqah Ramadan yang ditawarkan secara percuma di bebera- pa masjid.

Ambillah peluang agar kita lebih me- ngenali Ramadan menerusi kelas yang terse- dia supaya dapat kita menyambutnya de- ngan berasa yakin terhadap amalan yang di- lakukan serta penuh kesyukuran.

‘WARM UP’ DIRI DENGAN AMALAN

Sebelum tibanya Ramadan, elok rasanya

jika kita dapat buat persediaan lebih awal supaya apabila tibanya bulan suci tersebut, kita sudah pun terbiasa dengan membuat amalan. Tidaklah nanti rasa ‘tercungapcu- ngap’ atau kurang ‘stamina’ dalam beramal.

Contohnya, dalam mengkhatamkan Al-Quran, antara kita pasti ada yang kerap kali cuba mengkhatamkannya dalam Rama- dan.

Dan kerap kali juga gagal kerana kesibu- kan bekerja atau kesuntukan waktu.

Jika begitu, mengapa tidak sebelum keti- baan bulan suci itu nanti, cubalah letakkan sasaran muka surat untuk dibaca.

Permulaannya mungkin sukar. Yalah, mungkin sudah jarang dibaca kitab suci terse- but setelah tamat Ramadan lalu.

Anda sendiri kenal diri anda dan tahu be- nar kesibukan tugas yang menanti.

Jadi, mulakanlah hari ini. Mudah-mudah- an tercapailah keinginan mahu mengkhatam- kannya Ramadan nanti.

Begitulah juga dengan amalan lainnya seperti qiam, solat sunat dan yang lainnya.

Mulalah dengan langkah kecil dahulu dan berdoalah selalu mudah-mudahan kita diberi- kan istiqamah dan keikhlasan dalam melaku- kan ketaatan pada Tuhan.

‘UPGRADE’ RAMADAN KITA

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna

Begitulah bait-bait lagu nyanyian Raihan dan Man Bai yang saban tahun kita dengar.

Bagaimana agaknya hendak kita jadikan Ramadan yang akan datang nanti lebih ber- makna?

Mengapa tidak ambil peluang Ramadan nanti bagi sama-sama kita pertingkatkan di- ri.

Jika Ramadan lalu kita hanya bangun un- tuk sahur, mengapa tidak Ramadan nanti sebelum sahur kita lakukan sebentar solat sunat malam.

Jika Ramadan yang lalu kita hanya melakukan solat sunat tarawih pada malam hari, mengapa tidak tahun ini kita tambah- kan pula dengan solat sunat duha pada siang hari.

Marilah sama-sama kita pertingkat ama- lan kita dari masa ke masa.

Semoga kita diberkati dalam Syaaban serta dipertemukan dengan Ramadan dalam keadaan sihat rohani dan jasmani untuk mengabdi diri kepada Ilahi, amin.


Abdul Rauuf ialah lulusan Universiti Al-Azhar, dan kini bertugas sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Belia dan Masyarakat Muis.Screen Shot 2017-05-14 at 9.29.06 PM

Cekal hati tuntut ilmu di tengah pergolakan prodemokrasi di Mesir

29jana

SEDANG ketidaktentuan mencengkam Mesir dek gerakan prodemokrasi yang dikenali sebagai Kebangkitan Arab atau Arab Spring, dua penuntut Universiti Al-Azhar antara pelajar yang mencekalkan hati kekal di negara itu demi meneruskan pengajian.

Semalam, dua pelajar tersebut akhirnya menggenggam segulung ijazah setelah menjadi antara 29 lulusan Sarjana Muda Universiti Al-Azhar yang diraikan dalam satu majlis di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Ditemui semalam, salah seorang daripada mereka, Encik Abdul Rauuf Maskhazin, 24 tahun, berkata beliau dan rakan-rakan dinasihatkan supaya pulang ke Singapura demi keselamatan mereka.

Namun, setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga di tanah air, beliau mengambil keputusan meneruskan pengajian.

Menurutnya, keputusan tersebut sukar bukan kerana beliau khuatir mengenai keselamatannya, tetapi kerana dorongan kuat daripada neneknya.

“Saya amat rapat dengan nenek, jadi setiap kali sebelum saya meninggalkan Singapura, saya akan merakamkan perbualan saya bersama nenek supaya rakaman itu dapat saya dengar semula sebagai motivasi agar saya dapat terus memberikan yang terbaik,” kata beliau, yang mengikuti jurusan perundangan Islam.

Rakannya, Cik Nurshilah Abdul Wahid, 25 tahun, yang turut menerima ijazahnya semalam, pula berkata: “Saya rasa amat bersyukur. Pada mulanya saya tidak pasti sama ada saya boleh menghabiskan perjalanan ini, namun dengan galakan dan dorongan ibu bapa dan adik-beradik, saya akhirnya berjaya,” kata beliau.

Beliau, yang mengikuti jurusan sastera dan bahasa Arab, jatuh cinta dengan bahasa itu sejak kecil.

Malah, beliau kini memanfaatkan ilmu bahasa Arabnya itu dengan mengajar bahasa tersebut, Iqra dan Tasawur Islam, kepada pelajar pradiploma di Andalus Corporation.

Encik Abdul Rauuf dan Cik Nurshilah menerima ijazah mereka semalam daripada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar, dan Duta Besar Republik Arab Mesir, Cik Fatma F. Galal.

Semasa ditemui media, Dr Yaacob berkata lulusan Al-Azhar mempunyai peranan penting dan merupakan aset berharga dalam masyarakat Melayu/Islam setempat.

“Saya berharap mereka akan terus mempertingkatkan diri mereka, terutamanya berhubungan dengan keperluan masyarakat kita. Mereka telah banyak menimba ilmu di Mesir dan sekarang mereka harus menyesuaikannya mengikut konteks Singapura – bagaimana kita mengembangkan kehidupan agama kita, bagaimana kita mengamalkan kehidupan agama dan peranan yang boleh mereka mainkan di sini.

“Selain menangani cabaran pengganasan and ekstremisme, kita harus berfikir tentang bagaimana kita boleh terus membina daya ketahanan masyarakat kita, sambil mengekalkan identiti Islam Singapura serta ciri-ciri yang telah disampaikan, dan memastikan masyarakat Islam terus menjadi sebahagian daripada keluarga besar Singapura,” katanya.