Redakan Ledakan, Hati

 

IMG_2016-05-05 211734.jpgAda masanya.. kita akan tertanya-tanya, mengapa Tuhan limpahkan kita satu kurniaan atau rezeki yang bukan dari apa yang kita dambakan.

Mungkin saat itu sebenarnya kita lupa, Dia Maha Mengetahui sedangkan kita adalah hambaNya yang lemah.

Kita mungkin minta yang kita mahu kerana dari sudut pemikiran kita, yang kita mahu itulah yang elok, itulah yang terbaik. Tapi hakikatnya Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya, sedangkan langit dan bumi berada di dalam genggamaNnya. Dia sebaliknya memberikan kita sesuatu yang sebenarnya kita perlu yang mungkin jauh lebih berharga dari yang kita mahu sedang hikmah masih terhijab.

IMG_2016-05-05 21:17:43

Quran 50:16

Kita mungkin minta wang yang banyak kerana kita sangka ia akan memberikan kita kebahagiaan tapi Dia tidak berikannya. Sebaliknya Dia memberikan limpahan rezeki yang bentuknya berbeza tapi di sebaliknya ada kebahagiaan yang sebenarnya kita mahu dan impikan.

Adakalanya, sangkinkan kita sibuk mencari sebab mengapa begini dan bukan begitu, kita terlupa untuk mensyukuri nikmatNya dan menghargai pemberianNya biar mungkin yang Dia beri bukanlah yang kita damba.

Di saat dan ketika ini, mungkin pandangan kita masih kabur, buta dan terhijab. Yakin sajalah denganNya. Yakin, ada hikmah di sebalik setiap aturan, masih Dia ingin rahsiakan.

Redakan ledakan hati.
Redhakan.

13096145_10154035612938190_7298552036447116177_n.jpg“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” Quran 50:16