Dalam kehidupan kita ni, kita sentiasa merancang yang baik.
Bila ianya terjadi, fabiha wa nikmah, syukur Alhamdulillah.
Bila tak menjadi kita ada dua pilihan. Sama ada untuk berasa hampa tak tentu hala, hati duka lara atau teruskan kehidupan dengan sudut pandang yang positif.
Pentingnya Sudut Pandang
Benar, kita mungkin dah rancang sesuatu, lengkap dengan perinciannya sekali. Namun, kita terlupa Allah tidak mahu benda tersebut berlaku dan segalanya bersebab.
Sebabnya juga tidak kita tahu. Namun, kita juga ada pilihan. Untuk melihat sebabnya dari sudut positif atau negatif.
Contohnya bila kita gagal dalam peperiksaan. Sebab yang negatif yang boleh kita fikirkan, kita bodoh sebab tu gagal. Sementara sebab yang positif pula, usaha kita belum cukup atau mungkin Tuhan mahu kita belajar lebih lagi. Rasanya sebab yang mana yang lebih menenangkan hati?
Masih belum sedar ke? Sudut pandang kita pentingkan?
1001 Kemungkinan
Mungkin kita lupa, saat kita mahu dan rancang yang baik, Allah mahukan yang lebih baik untuk kita. Sabar dan tenang. Kalau kita tahu natijahnya nanti sudah tentu kita tak akan merungut dan buang air mata. So, nak yang baik ke yang lebih baik?
Mungkin juga, rancangan kita adalah satu beban atau bala bagi kita. Kita tak tahu sedangkan Dia Maha Mengetahui. Kerana mungkin kita selalu doa tolak bala maka Dia jauhkan dari yang kita rancang tadi.
Allah dah jauhkan kok kita berasa sedih? Maunya apa sih kamu?
Sabar dan tenang
Sudut pandang kita dalam setiap perkara mestilah positif selalu. Saat ini mungkin mentari sedang terbenam, esok pasti akan terbit, insha Allah. Penting sekali bersangka baik dengan Dia yang mengatur.
Yakin setiap sesuatu yang terjadi adalah atas kehendakNya. Andai kata kita diuji juga kita ada pilihan. Untuk melihatnya sebagai ‘azab’ dari Tuhan ataupun melihatnya sebagai cabaran untuk menjadikan kita hamba yang lebih kuat.
Saya dan Allah
Kalau hubungan kita dengan Dia ‘mampat’ tak perlulah nak risau lagi. Semuanya confirm beres. Dia sentiasa ada dengan kita, dengar kata hati kita sampaikan adakalanya dapat rasa macam best sangat ‘berhubung’ dengan Dia. Bila kita buka Quran, kadangkala boleh tersenyum sendiri. Seakan Dia menjawab hati kita yang runsing.
Andai ada Dia dalam hati, sukar macam mana pun kita dapat tersenyum mekar. Yang penting kita hendaklah selalu dan sentiasa bersangka baik dengannya.
Sudah-sudahlah negativiti
Usahlah penatkan diri dengan segala negativiti. Yang hanya menghilangkan rasa konfiden dalam diri sekaligus menjatuhkan semangat kita untuk menempuhi hari-hari mendatang.
Sudahlah. Tiba masanya untuk kita lupakan segala yang meremukkan hati dan berjalan atas titian yang diredhai bersama Ilahi.
Moga bermanfaat.
Wallahu ‘alam.