Semalam, sewaktu kunjungan pelajar baru ke rumah saya di Mesir. Saya diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata.
Saya memilih untuk mengingatkan tentang syukur. Alhamdulillah. Telah menjadi kebiasaan bagi saya untuk melakukan sujud syukur.
Sujud kerana bersyukur atas nikmat yang kita perolehi. Tidak kiralah besar atau kecil mana pun nikmat yang diberikan, bersyukurlah.
Sebuah pepatah Arab ada menyebutkan, “بالشكر تدوم النعم” atau maksudnya, dengan bersyukur akan berkekalanlah nikmat itu.
Allah s.w.t. juga ada berfirman yang mana jika kita bersyukur akan ditambah nikmat bagi kita. Sementara yang kufur pula, bagi mereka ‘azab’ yang pedih.
Antara kita mungkin lupa, kita fikir dan kita rasa nikmat tu senang-senang je kita perolehi. Kita lupa betapa hinanya diri kita untuk menerima nikmat yang Dia beri. Kita lupa betapa Maha Pemurahnya Dia sedang kita bergelumang dengan dosa saban hari.